Thursday, September 5, 2013

Kompas


Kompas adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan arah seseuatu tempat. Ketepatan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling terutama besi dan magnet. 

Kompas adalah alat terpenting dalam aktiviti orienteering. Penggunaan kompas orienteering digalakkan dalam aktiviti orienteering. Terdapat pelbagai jenis kompas yang boleh digunakan antaranya ialah kompas prismatik, kompas lensatik dan kompas orienteering atau dikenali dengan kompas silva.

Kegunaan Kompas ialah :


  • Melaras peta
  • Membantu dalam pelayaran
  • Menentukan arah
  • Membuat peta
  • Mengukur jarak di atas peta 


Melaraskan kompas dengan peta



Pemadanan masa merupakan antara faktor yang penting dan dipengaruhi oleh kecekapan anda dalam memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting untuk mengetahui dan memahirkan diri dengan cara penggunaan kompas yang efektif.

  • Langkah pertama 
Letakkan bahagian kompas selari dengan pergerakkan anda di atas peta. Pekara yang perlu diberikan perhatian ialah arah anak panah petunjuk arah sama dengan arah pergerakkan seseorang.
  •  Langkah kedua
Tanpa mengerakkan plat tapak kompas, pusingkan perumah kompas sehingga garisan melaras selari dengan garisan utara peta. Arah utara bagi perumah kompas turut selari dengan arah utara peta.
  • Langkah ketiga
Pusingkan badan anda sehingga jarum magnetik selari dengan garisan melaras dan juga utara peta.

 


Bearing


Cara menentukan bearing.


  • Arah utara perlu ditentukan terlebih dahulu
  • Berdasarkan kad kawalan, dimana terdapat panduan bearing sesuatu check point penentuan bearing check point dapat dilakukan peserta akan menuju ke check point berpandukan arah bearing yang telah ditetapkan.

Perkara-perkara penting semasa menggunakan kompas.


  • Kompas mesti berada dalam keadaan rata supaya jarum magnetik boleh bergerak dengan baik.
  • Tentukan arah utara yang sebenar di peta dan pada bentuk muka bumi
  • Tentukan benda-benda yang dapat menjadi petunjuk seperti pokok besar untuk memudahkan seseorang mencari sesuatu tempat
  • Sentiasa memeriksa bearing kompas
  • Selalu pandang sekeliling ketika berjalan dan dapatkan tanda sebagai panduan untuk perjalanan pulang.
  • Kompas harus diikat pada badan dan memastikan ianya berada dalam keadaan baik.

Langkah-langkah keselamatan.


  • Semasa menjalankan aktiviti orienteering, peserta memakai pakaian yang bersesuaian dan dapat melindungi tubuh daripada mendapat luka.
  • Memastikan peti kecemasan mengandungi ubat-ubatan dan keperluan lain mencukupi.
  • Membawa peralatan seperti wisel, parang, lampu suluh, nilon untuk tujuan keselamatan dan memudahkan perjalanan.
  • Dilarang berehat di bawah pokok yang mempunyai dahan yang reput.
  • Jika menjumpai kesan tapak tapak kaki yang mencurigakan atau binatang buas segera meninggalkan tempat tersebut.
  • Dilarang tidur di dalam hutan
  • Jika sesat, tiup wisel untuk menarik perhatian orang yang berhampiran.
  •  Jika mengalami kecederaan segera meminta pertolongan daripada orang yang terdekat.
  • Jika kompas gagal berfungsi, ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan galian, kabel elektrik atau batu yang mempunyai medan magnetik, peserta harus meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat di mana kompas dapat berfungsi dengan baik.

Perkhemahan

Perkhemahan ialah salah satu aktiviti rekreasi yang biasanya dilakukan pada masa lapang dan sebagai aktiviti di luar (outdoor). Aktiviti perkhemahan dapat mengeratkan hubungan antara peserta kerana hampir setiap perkara didalam aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Perkhemahan adalah satu kehidupan sederhana di luar rumah atau bangunan. Ia boleh dilaksanakan di pantai, hutan, bukit dan lain-lain. Apabila melakukan aktiviti ini, tanggung jawab terhadap perlindungan, keselamatan, makanan, alam sekitar dan aktiviti yang akan dilakukan semasa perkhemahan. Aktiviti seperti mendaki gunung, flying fox, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.


Perancangan dan pengetahuan yang luas adalah diperlukan sebelum melaksanakan aktiviti ini. Sebelum melaksnakan aktiviti langkah-langkah di bawah perlulah dilaksanakan :

  • Perancangan dan persiapan adalah merupakan asas keselesaan dan keselamatan aktiviti luar.
  • Faham bahawa lokasi aktiviti perlu berada di dalam linkungan undang-undang, mental, sizikal dan peralatan anda.
  • Ketahui bahawa cuaca adalah faktor utama yang menentukan keselesaan, kepuasan dan kebolehan diri semasa aktiviti.
  • Hormati alam semualjadi dan alam semulajadi akan menghormati anda.

Khemah ialah alatan yang utama untuk aktiviti perkhemahan. Dalam pemilihan khemah, kita perlulah menitik beratkan tentang perlindungan, keselesaan, kalis ari, tahan lasak, dan ukuran.

Jenis jenis  khemah yang digunakan untuk aktiviti perkhemahan ialah :


Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang
• Khemah ‘A’ berhelaian 
• Khemah pengembaraan
• Khemah satu tiang
• Khemah bentuk dinding
• Khemah Ridge dua tiang
• Khemah wagon
• Khemah dome
• Khemah igloo
• Khemah berangka

Tapak Perkhemahan

Pemilihan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang tidak dapat ditetapkan tanpa mengambil kira beberapa faktor penting. Walaupun anda rasa dan pernah berkhemah anda akan masih mengalami masalah dalam perkara ini. Anda akan dapati amat sukar untuk mendapat satu tapak perkhemahan yang sempurna dalam mana ianya memenuhi segala kehendak-kehendak dari segi tanah datar dan lapang, kedapatan air bersih, banyak bahan-bahan bakar, mudah disampai oleh pihak tertentu dalam kecemasan, laluan yang baik dan mudah keluar untuk membeli bekalan dan sebagainya. Faktor-faktor berikut hendaklah diambil kira:

  • Corak perkhemahan yang terlibat, pengembaraan, berkayak, berbot, berbasikal atau berkenderaan motor.
  • Jangka masa berkhemah, sehari, seminggu dan sebagainya.
  • Bilangan peserta yang terlibat.
  • Alam persekitaran, pergunungan, hutan belantara, persekitaran dan sebagainya.

Wednesday, September 4, 2013

Ikatan dan Simpulan

Ikatan dan Simpulan merupakan salah satu perkara yang penting didalam aktiviti rekreasi. Tetapi ramai yang tidak mengambil perhatian tentang perkara ini dan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini boleh berlaku semasa melakukan aktiviti rekreasi. Ikatan dan simpulan sangat penting apabila dalam melakukan sesuatu kerja menyelamat.

Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.

Jenis-Jenis Ikatan
Terdapat sepuluh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah
  • Thumb Knot / Stopper Knot (simpul mati)
  • Figure of Eight Knot (simpul angka lapan)
  • Reef Knot (buku sila)
  • Sheet Bends (bunga geti)
  • Bowline (tindih kasih)
  • Half Hitch (setengah belit)
  • Clove Hitch (simpul manuk) 
  • Fisherman Knot 
  • Timber Hitch (simpul balak)
  • Figure of Eight single & Double Loop


Ikatan yang biasa digunakan ialah.


  • Reef Knot/Buku Sila
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.


  • Clove Hitch/Simpul manuk
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.


  • Bunga Geti
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal


  • Tindih Kasih
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga 


  • Angka Lapan/ Figure of Eight Knot 
Ikatan angka lapan atau simpulan angka lapan adalah satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati

Kayak

Kayak dan Kenu.


Pada zaman dahulu, kayak dan kenu (canoe) ialah kenderaan yang digunakan untuk memburu dan berniaga.

Perbezaan Kayak dan Kenu.

Kayak.

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup.
Menggunakan dua bilah mata dayung.

Kenu ( Canoe ).

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka.
Menggunakan satu bilah mata dayung. 


Jenis-Jenis Kayak.

  • Mandesta ( Berbentuk V)
Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis lintasan lurus. 
Menggunakan perahu jenis ini memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.
  • Ottersport ( Berbentuk U)

Bahagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. perahu ini amat stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai untuk mereka yang baru bermula dalm sukan kayak. 
Kerana bawah berbentuk rata, pergerakan agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan.
  • Slalom ( Berbentuk O)

Bahagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. 
Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. dari bentuknya memudahkan untuk melakukan teknik eskimo roll

Bahagian Bahagian Kayak.


  • Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.

  • Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.

  • Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.

  • Toggles
toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.

  • Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.

  • Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.

  • Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung. 

  • Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan. 

  • Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.

  • Keel
jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang  timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.

  • Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.


Pengenalan Tentang Rekreasi.

Rekreasi (re-creare dalam bahasa Latin) ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan, bersama keluarga atau aktiviti bukan kerja lain. Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badandan minda.Selain itu. rekreasi juga didefinisikan sebagai aktiviiti terancang yang digunakan bagi masa lapang , contohnya aktiviti perkhemahan , rock climbing , scuba diving , abseiling dan jungle tracking.
Kebiasaannya, rekreasi adalah dalam bentuk:
  • sukan/permainan
  • hobi
  • melancong/bercuti

- Wikipedia -

Rekreasi ialah aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Aktiviti beriadah untuk menghilangkan tekanan. Beza aktiviti rekreasi dengan bersukan ialah, tiada tekanan semasa melakukan aktiviti rekreasi, tidak terlalu terikat dengan peraturan dan bukan untuk tujuan pertandingan.

Didalam aktiviti rekreasi terdapat juga aktiviti bersukan yang kebiasaannya untuk beriadah seperti :
bola tampar, bola sepak, badminton, berlari dan lain lain.

Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :

A) Rekreasi dalam (in-door) 
contoh : badminton, boling

B) Rekreasi luar (out-door) 
contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan

Jenis Rekreasi ;
i) Rekreasi fizikal – cth : berbasikal
ii) Rekreasi sukan – cth : bola sepak, bola jaring
iii) Rekreasi sosial _ cth : sukan rakyat, sukaneka
iv) Rekreasi mental/linguistik – memanah, debat
v) Rekreasi Terapeutik cth :
    i) Muzik – J-robik, senamrobik
    ii) Gerak tari – yoga, tai chi
    iii) Drama - teater,