Thursday, September 5, 2013

Kompas


Kompas adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan arah seseuatu tempat. Ketepatan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling terutama besi dan magnet. 

Kompas adalah alat terpenting dalam aktiviti orienteering. Penggunaan kompas orienteering digalakkan dalam aktiviti orienteering. Terdapat pelbagai jenis kompas yang boleh digunakan antaranya ialah kompas prismatik, kompas lensatik dan kompas orienteering atau dikenali dengan kompas silva.

Kegunaan Kompas ialah :


  • Melaras peta
  • Membantu dalam pelayaran
  • Menentukan arah
  • Membuat peta
  • Mengukur jarak di atas peta 


Melaraskan kompas dengan peta



Pemadanan masa merupakan antara faktor yang penting dan dipengaruhi oleh kecekapan anda dalam memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting untuk mengetahui dan memahirkan diri dengan cara penggunaan kompas yang efektif.

  • Langkah pertama 
Letakkan bahagian kompas selari dengan pergerakkan anda di atas peta. Pekara yang perlu diberikan perhatian ialah arah anak panah petunjuk arah sama dengan arah pergerakkan seseorang.
  •  Langkah kedua
Tanpa mengerakkan plat tapak kompas, pusingkan perumah kompas sehingga garisan melaras selari dengan garisan utara peta. Arah utara bagi perumah kompas turut selari dengan arah utara peta.
  • Langkah ketiga
Pusingkan badan anda sehingga jarum magnetik selari dengan garisan melaras dan juga utara peta.

 


Bearing


Cara menentukan bearing.


  • Arah utara perlu ditentukan terlebih dahulu
  • Berdasarkan kad kawalan, dimana terdapat panduan bearing sesuatu check point penentuan bearing check point dapat dilakukan peserta akan menuju ke check point berpandukan arah bearing yang telah ditetapkan.

Perkara-perkara penting semasa menggunakan kompas.


  • Kompas mesti berada dalam keadaan rata supaya jarum magnetik boleh bergerak dengan baik.
  • Tentukan arah utara yang sebenar di peta dan pada bentuk muka bumi
  • Tentukan benda-benda yang dapat menjadi petunjuk seperti pokok besar untuk memudahkan seseorang mencari sesuatu tempat
  • Sentiasa memeriksa bearing kompas
  • Selalu pandang sekeliling ketika berjalan dan dapatkan tanda sebagai panduan untuk perjalanan pulang.
  • Kompas harus diikat pada badan dan memastikan ianya berada dalam keadaan baik.

Langkah-langkah keselamatan.


  • Semasa menjalankan aktiviti orienteering, peserta memakai pakaian yang bersesuaian dan dapat melindungi tubuh daripada mendapat luka.
  • Memastikan peti kecemasan mengandungi ubat-ubatan dan keperluan lain mencukupi.
  • Membawa peralatan seperti wisel, parang, lampu suluh, nilon untuk tujuan keselamatan dan memudahkan perjalanan.
  • Dilarang berehat di bawah pokok yang mempunyai dahan yang reput.
  • Jika menjumpai kesan tapak tapak kaki yang mencurigakan atau binatang buas segera meninggalkan tempat tersebut.
  • Dilarang tidur di dalam hutan
  • Jika sesat, tiup wisel untuk menarik perhatian orang yang berhampiran.
  •  Jika mengalami kecederaan segera meminta pertolongan daripada orang yang terdekat.
  • Jika kompas gagal berfungsi, ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan galian, kabel elektrik atau batu yang mempunyai medan magnetik, peserta harus meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat di mana kompas dapat berfungsi dengan baik.

No comments:

Post a Comment