Thursday, September 5, 2013

Perkhemahan

Perkhemahan ialah salah satu aktiviti rekreasi yang biasanya dilakukan pada masa lapang dan sebagai aktiviti di luar (outdoor). Aktiviti perkhemahan dapat mengeratkan hubungan antara peserta kerana hampir setiap perkara didalam aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Perkhemahan adalah satu kehidupan sederhana di luar rumah atau bangunan. Ia boleh dilaksanakan di pantai, hutan, bukit dan lain-lain. Apabila melakukan aktiviti ini, tanggung jawab terhadap perlindungan, keselamatan, makanan, alam sekitar dan aktiviti yang akan dilakukan semasa perkhemahan. Aktiviti seperti mendaki gunung, flying fox, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.


Perancangan dan pengetahuan yang luas adalah diperlukan sebelum melaksanakan aktiviti ini. Sebelum melaksnakan aktiviti langkah-langkah di bawah perlulah dilaksanakan :

  • Perancangan dan persiapan adalah merupakan asas keselesaan dan keselamatan aktiviti luar.
  • Faham bahawa lokasi aktiviti perlu berada di dalam linkungan undang-undang, mental, sizikal dan peralatan anda.
  • Ketahui bahawa cuaca adalah faktor utama yang menentukan keselesaan, kepuasan dan kebolehan diri semasa aktiviti.
  • Hormati alam semualjadi dan alam semulajadi akan menghormati anda.

Khemah ialah alatan yang utama untuk aktiviti perkhemahan. Dalam pemilihan khemah, kita perlulah menitik beratkan tentang perlindungan, keselesaan, kalis ari, tahan lasak, dan ukuran.

Jenis jenis  khemah yang digunakan untuk aktiviti perkhemahan ialah :


Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang
• Khemah ‘A’ berhelaian 
• Khemah pengembaraan
• Khemah satu tiang
• Khemah bentuk dinding
• Khemah Ridge dua tiang
• Khemah wagon
• Khemah dome
• Khemah igloo
• Khemah berangka

Tapak Perkhemahan

Pemilihan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang tidak dapat ditetapkan tanpa mengambil kira beberapa faktor penting. Walaupun anda rasa dan pernah berkhemah anda akan masih mengalami masalah dalam perkara ini. Anda akan dapati amat sukar untuk mendapat satu tapak perkhemahan yang sempurna dalam mana ianya memenuhi segala kehendak-kehendak dari segi tanah datar dan lapang, kedapatan air bersih, banyak bahan-bahan bakar, mudah disampai oleh pihak tertentu dalam kecemasan, laluan yang baik dan mudah keluar untuk membeli bekalan dan sebagainya. Faktor-faktor berikut hendaklah diambil kira:

  • Corak perkhemahan yang terlibat, pengembaraan, berkayak, berbot, berbasikal atau berkenderaan motor.
  • Jangka masa berkhemah, sehari, seminggu dan sebagainya.
  • Bilangan peserta yang terlibat.
  • Alam persekitaran, pergunungan, hutan belantara, persekitaran dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment